Wednesday, September 5, 2007

horroscope

... aritu aku tanya afdlin dia berbintang apa, dia kata dia berbintang zargus....
patut pun...

Ramai org kata kat aku :-

“wei jgn percaya horoscope la..berdosa!”,

"tak betulla benda2 tu sume,waste ur time”,

“ish...ada gak yg singkat pemikiran mcm kau di zaman yg moden ni”

dan yg paling kejam aku pernah kena, while i was busy reading my horoscope, ada mamat biol tanya “camana? Esok hidup ke mati?” sambil ketawa tekekek mcm kambing gurun!

apa pun lantak pi la kat depa, yg aku tau ada somesometime tu betul gak apa yg diramalkan utk aku tu! Sebab apa aku percaya? emm..tak la pcaya sgt just manghargai kajian alam kot..

Wallahualam... tp yg paling nyata, mamat yg gelak mcm kambing tadi tu berbintang capricorn tau..no wonder kan???


Aries
Elakkan dari memakan sebarang bahan yang di perbuat dari kambing. Jika anda gemar menggunakan sabun susu kambing,berhati-hatilah. Anda mungkin akan di hurungi semut ketika sedang tidur akibat kesedepan sabun susu kambing sehingga menjilat siku.


Taurus

Hari ini adalah hari yang amat berbahaya.Elakkan dari memakai baju berbrand Lois kerana lambangnya adalah lambang lembu jantan. Lembu-lembu jantan akan mengalami rangsangan nafsu yang amat kuat dan amat sensitive dengan anda.Menempah maut namanya nanti, melainkan anda dah lama hidup.


Gemini

Mereka yang bernaung di bawah zodiak ini jauhkan diri dari dating dengan kembar terutamanya kembar siam. Ini bagi mengelakkan anda tersalah sangka dan keluar dengan kembar yang salah. Kantoi big time nanti silap-silap biru mata hitamku!


Cancer

Hati-hati bila bergaul!Ada orang yang akan menyangkakan andalah punca segala penyakit cancer di dunia dan akan membuang anda ke Pulau Jerjak. Kalau boleh duduk jek kat rumah jangan ke mana-mana kecuali ke bilik kecik. Kalau mak anda suruh ke kedai buat bodoh jek!Utamakan keselamatan.


Leo

Banyakkan memakan Paddle Pop sebagai tanda sokongan kepada singa paling best di dunia yakni Singa Paddle Pop.Lebih afdal jika anda membelanja satu opis anda dengan Paddle Pop Thumbs Up supaya anda dapat menganjurkan Thumb’s Up Tournament di kemudian hari dan meninggikan peratusan untuk anda di pilih sebagai Pengerusi Kelab Rekreasi di opis anda.


Virgo

Banyakkan memakan makanan yang bermula dengan huruf V seperti Vitagen dan Vico. Ia akan membantu anda menstabilkan degupan jantung anda yang selalu tidak stabil seperti tidak stabilnya pasaran saham Malaysia. Penstabilan degupan jantung anda akan memberikan kesan kepada penjualatan tiket filem Gol dan Gincu.


Libra

Jangan gunakan dacing untuk membuat sebarang timbangan!Di jangkakan dacing tersebut akan terjatuh dan terlepas ke atas kaki anda. Jadi apa-apa jangan cakap kami tak warning pulak.Ingat!Malang tak berbau!Kalau terbau hangit tu maknanya anda terlupa nak perlahankan api dapur masa mereneh sup.


Scorpio

Jangan pasang lagu dari kumpulan Scorpions selama 7 hari 7 malam. Di khuatiri anda akan di jamu dengan sup kasut oleh ibu atau isteri atau gopren anda setelah mendengar lagu winds of change selama 768 kali berturut-turut.


Sagittarius

Jangan makan kaki ayam yang di masak dalam apa jua bentuk. Tulisan anda yang cantik berbunga2 akan menjadi cakar ayam.Jika anda adalah pelajar dan akan mengambil peperiksaan, berhati-hatilah melainkan anda menggunakan pensel 2B seperti yang di gunakan Amalina. Pasti anda akan lulus dengan cemerlang walaupun tak study asalkan menulis dengan pensel tersebut.


Capricorn

Sebagai seekor kambing gunung, amatlah penting untuk anda mandi 9 kali sehari. Ini bagi mengelakkan anda kehilangan kenkawan yang tak tahan dengan BO (body odor) anda yang teramat pekungnya itu.Sebelum keluar rumah, sembur dulu badan anda dengan 3botol minyak atar supaya keharuman anda semerbak dan mampu melumpuhkan musuh dari jarak 200 ela.


Aquarius

Cari seberapa banyak kawan-kawan yang berbintang sama seperti anda. Kemudian carilah kawasan empangan yang kian kering akibat kekurangan hujan. Selepas itu buat tarian hujan selama 40 hari 40 malam supaya hujan akan sentiasa turun dan kembali memenuhkan empangan tersebut.


Pisces

Jangan makan ikan kaloi pada hari ini kerana di khuatiri anda akan tercekik tulang. Kalau nak makan jugak ikan kaloi,suruh bawang merah buat masak lemak cili padi.Kalau malas sangat,goreng pun sodap!

No comments: