Tuesday, September 11, 2007

what puasa reminds me off...???

1.Buka puasa dengan korek hidung pasal masa sekolah dulu bas LEN SENG selalu sampai
rumah lambat. Under this topic ada juga terkorek hidung dan layan korek telinga dengan tak
sengaja sewaktu puasa. heehee
2. Mandi wajib di saat-saat akhir nak masuk waktu imsak.... hee hee.
3. Beli food banyak gila untuk buka dan air buah bergelen-gelen tapi at last makan kuih aje!!
4. Every year i get confused bila kentut batal posa ke tak!!?? walaupun pada posa tahun lepas
dah konfim org kata tak batal...
5. buat baju raya masa posa tapi raya kedua dah tak boleh pakai...dah sendat dll lagi.

to all, let this be a fruitful ramadhan. Although the religion is between you and god, janganlah terang-terang sangat kalau tak nak posa oii..

selamat berpuasa dan selamat menjalani ibadah...semoga berkat!!

Wednesday, September 5, 2007

horroscope

... aritu aku tanya afdlin dia berbintang apa, dia kata dia berbintang zargus....
patut pun...

Ramai org kata kat aku :-

“wei jgn percaya horoscope la..berdosa!”,

"tak betulla benda2 tu sume,waste ur time”,

“ish...ada gak yg singkat pemikiran mcm kau di zaman yg moden ni”

dan yg paling kejam aku pernah kena, while i was busy reading my horoscope, ada mamat biol tanya “camana? Esok hidup ke mati?” sambil ketawa tekekek mcm kambing gurun!

apa pun lantak pi la kat depa, yg aku tau ada somesometime tu betul gak apa yg diramalkan utk aku tu! Sebab apa aku percaya? emm..tak la pcaya sgt just manghargai kajian alam kot..

Wallahualam... tp yg paling nyata, mamat yg gelak mcm kambing tadi tu berbintang capricorn tau..no wonder kan???


Aries
Elakkan dari memakan sebarang bahan yang di perbuat dari kambing. Jika anda gemar menggunakan sabun susu kambing,berhati-hatilah. Anda mungkin akan di hurungi semut ketika sedang tidur akibat kesedepan sabun susu kambing sehingga menjilat siku.


Taurus

Hari ini adalah hari yang amat berbahaya.Elakkan dari memakai baju berbrand Lois kerana lambangnya adalah lambang lembu jantan. Lembu-lembu jantan akan mengalami rangsangan nafsu yang amat kuat dan amat sensitive dengan anda.Menempah maut namanya nanti, melainkan anda dah lama hidup.


Gemini

Mereka yang bernaung di bawah zodiak ini jauhkan diri dari dating dengan kembar terutamanya kembar siam. Ini bagi mengelakkan anda tersalah sangka dan keluar dengan kembar yang salah. Kantoi big time nanti silap-silap biru mata hitamku!


Cancer

Hati-hati bila bergaul!Ada orang yang akan menyangkakan andalah punca segala penyakit cancer di dunia dan akan membuang anda ke Pulau Jerjak. Kalau boleh duduk jek kat rumah jangan ke mana-mana kecuali ke bilik kecik. Kalau mak anda suruh ke kedai buat bodoh jek!Utamakan keselamatan.


Leo

Banyakkan memakan Paddle Pop sebagai tanda sokongan kepada singa paling best di dunia yakni Singa Paddle Pop.Lebih afdal jika anda membelanja satu opis anda dengan Paddle Pop Thumbs Up supaya anda dapat menganjurkan Thumb’s Up Tournament di kemudian hari dan meninggikan peratusan untuk anda di pilih sebagai Pengerusi Kelab Rekreasi di opis anda.


Virgo

Banyakkan memakan makanan yang bermula dengan huruf V seperti Vitagen dan Vico. Ia akan membantu anda menstabilkan degupan jantung anda yang selalu tidak stabil seperti tidak stabilnya pasaran saham Malaysia. Penstabilan degupan jantung anda akan memberikan kesan kepada penjualatan tiket filem Gol dan Gincu.


Libra

Jangan gunakan dacing untuk membuat sebarang timbangan!Di jangkakan dacing tersebut akan terjatuh dan terlepas ke atas kaki anda. Jadi apa-apa jangan cakap kami tak warning pulak.Ingat!Malang tak berbau!Kalau terbau hangit tu maknanya anda terlupa nak perlahankan api dapur masa mereneh sup.


Scorpio

Jangan pasang lagu dari kumpulan Scorpions selama 7 hari 7 malam. Di khuatiri anda akan di jamu dengan sup kasut oleh ibu atau isteri atau gopren anda setelah mendengar lagu winds of change selama 768 kali berturut-turut.


Sagittarius

Jangan makan kaki ayam yang di masak dalam apa jua bentuk. Tulisan anda yang cantik berbunga2 akan menjadi cakar ayam.Jika anda adalah pelajar dan akan mengambil peperiksaan, berhati-hatilah melainkan anda menggunakan pensel 2B seperti yang di gunakan Amalina. Pasti anda akan lulus dengan cemerlang walaupun tak study asalkan menulis dengan pensel tersebut.


Capricorn

Sebagai seekor kambing gunung, amatlah penting untuk anda mandi 9 kali sehari. Ini bagi mengelakkan anda kehilangan kenkawan yang tak tahan dengan BO (body odor) anda yang teramat pekungnya itu.Sebelum keluar rumah, sembur dulu badan anda dengan 3botol minyak atar supaya keharuman anda semerbak dan mampu melumpuhkan musuh dari jarak 200 ela.


Aquarius

Cari seberapa banyak kawan-kawan yang berbintang sama seperti anda. Kemudian carilah kawasan empangan yang kian kering akibat kekurangan hujan. Selepas itu buat tarian hujan selama 40 hari 40 malam supaya hujan akan sentiasa turun dan kembali memenuhkan empangan tersebut.


Pisces

Jangan makan ikan kaloi pada hari ini kerana di khuatiri anda akan tercekik tulang. Kalau nak makan jugak ikan kaloi,suruh bawang merah buat masak lemak cili padi.Kalau malas sangat,goreng pun sodap!

Monday, September 3, 2007

an evening with alteroman....





Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.

Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.
Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the Ultra-Gods, my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.
Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic shit.
Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?
Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.
Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.
Me: So, Ultraman, what'syour future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.
Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.
At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

























Tuesday, August 28, 2007

28/08/07 ~tak sedap badan~

YA ALLAH! cmana bole jadi macam ni? bagus kah aku? hebatkah aku? semalam abg aku bgtau suruh isi borang keje ***** kat dalam internet,di nak tolong pas kan kat kwn dia kat HR *****.aku mmg bebetul berharap dpt keje ctu.kerajaan beb! sape tak nak? gaji dah sedap, elaun banyak,bonus pun banyak..hehe..arini aku pi keje pun kureng mood ckit sebab tbayang2 bila la aku nak g keje kat *****. alih2 panggilan yg aku trima baru kejap ni mengejutkan aku!

"saya dari NSTP...cik faraliana dah diterima bekerja di corporate communication department as an executives! bila cik free ye? we need you to come and make your medical checkup here"

apa aku nak kata?? menggigil2 badan aku..biar betol?? bukan apa, aku terkejut sebab setau aku ramai yg pegi interview tu dan semuanya yg aku tanya bpengalaman luas dalam corporate comm & marketing sedangkan aku satu2nya fresh graduate yg terhegeh2 dtg dgn persediaan yg zero lak tu!! jawatan yg dibuka pulak hanya untuk 2 ORG SAHAJA!

cerita bab soalan interview pulak...hahaha...(cewah..ketawa buat2 rileks) padahal nak terkencing2 aku menjawab. soalan memang tak disangka.lebih susah dari soalan periksa yg pernah aku jawab.to be frank aku sendiri tak confident dgn jawapan yg aku bagi. tp aku tengok director2 empat org yg interview aku tu sume terangguk2 dgr jawapan aku!! Demi Allah, sepanjang ditanya dgn soalan bertubi2 (mcm flash camera wartawan yg mengambil gambar sitinurhaliza kawen), dalam bahasa inggeris yg dibuat2 pekat oleh dorang lak tu..aku rasa nak bangun dan blah dari kerusi tu..dari situ baru aku tau camana style NSTP mengekalkan standard n imej mereka sbagai akhbar no 1 di Malaysia.

and now....aku still shock!!! betul ke aku diterima kerja kat NSTP? SEORANG FRESH GRADUATE telah mengalahkan puluhan experienced employee lain dalam interview yg goyang lutut tu?? FFuyyoo... alhamdulillah, berkat doa mak...nampaknya aku cari pengalaman dulu di NSTP.agak2 boring, aku cube la balik apply kerje kat *****..hehe

Monday, August 27, 2007

27/08/07 ~convodeka!!~

hari paling bermakna.setelah puas bertungkus lumus dan berkorban tara AKHIRNYA...dapat gak aku memegang sekeping pengiktirafan BACHELOR OF HUMAN SCIENCES COMMUNICATION with honours!! tHAnx to my sisiters & brother sudi datang with moral and physical support..yang terutama off course mak & abah.tak tau nak cakap apa, pengorbanan dan kasih sayang mu tak terbalas dgn bait2 karangan indah sekalipun..terima kasih di atas doa2 mu buat anakmu yabg kerdil ini...sedey ckit la tak sempat bergambar sakan dgn kawan2.masing2 cbuk dgn famili dorang, ada yg balik cepat.aku sempat bergambar dgn him je.thanx for the bouquet of flowers him.aku tau kau sayang kat aku....SELAMAT HARI KEMERDEKAAN, SAYANGILAH SEMUA YANG ADA DI SEKELILING KITA...

25/08/07 ~weekend yang merehatkan~

hari ni keje..rajin sgt aku buat o.t smpai kul 3..bukan wat apa pun mengaco org je keje aku...main2 internet lama2.hehe....sowi mr andrew! esok cuti, aktiviti yg menanti sudah tentu buat kerje rumah disamping bermain dgn miklo,paco,mushki & mushko..

24/08/07 ~convo rehearsal~

ewah;;ewah! best betul arini..puas kitorang berfotografi kat sekeliling uia yang cantik permai tu..maklumlah dah end of the moment baru nak sibuk2 mengabadikan kenangan di uia.selama ni tak berkesempatan.macam2 posing ada...hehe nasya azizi sah tak leh cari makan pasni. wakaka!! kak lin & paan still xde rezeki nak dapat baby lagi, adik makin bahagia dgn si fahmy, liya masih di dalam dilema (jgn mara a...), him makin sihat,comel dan "bersemangat". They are the most closest friends i ever had kat uia tu..SUME SEMPOI AND SPORTING.tu yg best sangat mengenali dorang ni...balik aku tumpang vios fahmy smpai lrt tman melati..